Mengetahui tips memilih langsir dari pakar curtain untuk anda mengelakkan salah beli….

Reenex Curtain mempunyai pengalaman selama 11 tahun dan telah menghasilkan lebih daripada 5013 set langsir

Reenex Curtain mempunyai pengalaman selama 11 tahun dan telah menghasilkan lebih daripada 5013 set langsir

Kesilapan petama: Jika anda hanya mempertimbang warna dan corak langsir berdasarkan kesukaan anda….

Berdasarkan warna tema perabot dan dinding dahulu sebelum tentukan warna keramat anda!

Berdasarkan warna tema perabot dan dinding dahulu sebelum tentukan warna keramat anda!

Jika anda abaikan langkah ini, langsir mahal macam mana pun tidak akan sesuai dengan rumah anda!
Jika anda rasa warna langsir kena ikut warna kesukaan anda, anda perlu memberi perhatian...! Kita tidak boleh tentukan warna langsir ikut suka hati, sebaliknya kena tengok juga padanan warna dinding dan perabot.
Seperti contoh gambar di bawah

Anda tidak pasti lagi warna apa yang sesuai dengan rumah anda?

Anda tidak pasti lagi warna apa yang sesuai dengan rumah anda?

Gunalah teori 60 30 10!
Mungkin anda masih berfikir warna langsir apa yang sesuai untuk rumah anda...
Jangan risau, mari guna teori ini, tidak susah untuk mencari warna dan texture langsir yang sesuai untuk rumah anda
Mudah sahaja, cuba anda bahagikan rumah anda kepada 3 warna, warna pertama terdiri daripada 60% ruang rumah anda, dan warna kedua, terdiri 30% daripada ruang rumah anda, dan hanya 10% lagi merupakan warna yang akan ditonjolkan...
Jom kita tengok macam mana nak mengaplikasikan teori ini ke rumah anda...

Warna utama

Warna utama ini akan memenuhi 60% ruang dalam rumah...
Anda dicadangkan guna warna neutral seperti...
Biasanya warna seperti ini akan digunakan sebagai warna dinding, sofa ataupun objek-objek yang besar di rumah anda

Warna kedua

Kini, anda sudah pilih warna utama, macam mana pula nak pilih warna kedua?
Anda boleh guna 3 cara ini...

Warna Monokromatik

(monochromatic color)
Cara ni paling konservatif, anda tidak akan salah...
Sebab warna yang dipadankan ialah dari tona yang sama...
Contohnya, jika anda dah pilih biru muda sebagai warna utama, dan untuk warna kedua pula anda boleh pilih warna biru yang berbeza kepekatannya...

Warna yang Serupa

(analogous color)
Jika anda suka padanan dari pelbagai warna, ini sangat sesuai untuk anda...
Sebab cara ini menggunakan gabungan 3 warna yang bersebelahan dalam roda warna, ianya boleh dipadankan sebagai warna utama+warna kedua...
Tapi anda kena ingat, kepekatan warna tidak boleh banyak bezanya, jangan padankan warna yang sangat pekat dan yang sangat pudar.

Warna pelengkap

(complementary color)
Dalam ilmu warna, aturan bertentangan dalam roda warna sebenarnya adalah warna pelengkap...
Seperti warna jingga dan warna bertentangan laitu biru dan hijau ialah warna pelengkap yang popular...
Penggambaran filem Hollywood juga menggunakan teknik warna pelengkap dalam penggambaran...
Sama juga, kepekatan warna perlu dipilih dalam lingkaran yang sama...

Warna Aksen

Akhirnya,ialah warna yang perlu ditonjolkan...
warna ini dicadangkan memenuhi 10% ruang rumah
Akhirnya,ialah warna yang perlu ditonjolkan...warna ini dicadangkan memenuhi 10% ruang rumah
Selalunya akan menjadi warna kepada perabot perhiasan, seperti tumbuhan, bantal, perhiasan dan lain-lain...
Pilih warna yang lebih terang untuk menonjolkan ruang tertentu...
Jika anda sudah pilih warna terang dalam ruang rumah anda,
anda boleh guna warna yang lebih lembut untuk ditonjolkan bagi mencipta tona warna kontra...
Jika anda sudah pilih warna terang dalam ruang rumah anda, anda boleh guna warna yang lebih lembut untuk ditonjolkan bagi mencipta tona warna kontra...
Yang di atas hanyalah tips padanan warna,
Ini bukan bermakna ruang anda terhad kepada 2-3 warna sahaja,
Yang di atas hanyalah tips padanan warna, Ini bukan bermakna ruang anda terhad kepada 2-3 warna sahaja
Sebolehnya gunakan warna nuetral untuk warna siling, lantai dan dinding

Nak langsir satu warna atau langsir bercorak?

Ramai pilih langsir kerana suka coraknya, tapi mereka lupa sama ada ianya sesuai atau tidak dengan susunan perabot di ruang rumah mereka...
Jika warna perabot ataupun ruang di rumah anda agak pucat, maka anda boleh pilih langsir yang mempunyai corak atau yang mempunyai warna lebih menonjol
Tetapi kalau ruang rumah anda telah dipenuhi dengan perabot, warna-warni, anda boleh pilih langsir yang warnanya lebih lembut atau yang tidak begitu terang
Dengan ini, ruang rumah anda akan nampak sangat selesa dan tidak sakit mata bila tengok padanan warna yang tidak sesuai

Jenis kain mana yang sesuai dengan ruang rumah anda?

Senang sahaja, mulanya kena tengok ruang tersebut ialah bilik tidur atau ruang tamu...
Jika bilik tidur, anda mungkin perlu jenis kain yang tidak tembus cahaya matahari, kerana jika cahaya matahari menerangi bilik anda, anda mungkin tidak selesa pada waktu pagi atau semasa tidur petang...
Penggunaan kain lace sesuai di mana sahaja...kerana ianya akan membantu mengurangkan pancaran sinaran matahari, sekaligus menjaga langsir dan perabot anda daripada pancaran terus sinaran matahari...
Kain lace
  • Melembutkan sinaran matahari, boleh menerangkan suasana tanpa nampak silau
  • Boleh memelihara perabot daripada cahaya matahari yang terik
  • Membuatkan ruang menjadi lebih elegan
Langsir separuh lutsinar
  • Ikut citarasa sendiri, ada orang yang suka rumah disinari cahaya matahari waktu pagi
  • Lebih sesuai dipasang di ruang tamu
Langsir tidak tembus cahaya
  • Jika anda sering tidur petang, langsir tidak tembus cahaya sesuai untuk anda
  • Sesuai dipasang di bilik tidur
  • Boleh gelapkan ruang anda pada bila-bila masa

Langsir bukan hanya untuk cantik, tetapi juga untuk penebat haba!

Ramai yang tidak begitu perasan kepentingan penebat haba...
Cuba anda bayangkan cahaya matahari pada masa pagi dan tengahari...Rumah akan menjadi seperti ketuhar, lebih-lebih lagi cermin tingkap yang terima pancaran terus matahari...
Anda boleh pasang penghawa dingin, tetapi bil elektrik akan melambung, kerana tenaga yang digunakan untuk merendahkan suhu sangat tinggi...
Tetapi jika langsir anda berfungsi dengan bagus untuk tebat haba, Walaupun anda tidak pasang penghawa dingin pada siang hari, namun anda tidak akan berasa sangat panas
Jika anda berada di rumah tiap-tiap hari, dan tidak pasang filem penapis haba, elok jika anda pilih langsir yang boleh tebat haba...

Panjang langsir boleh ubah keluasan rumah?

macam mana nak tentukan panjang langsir? mungkin bagi anda, panjang langsir perlu sama dengan panjang tingkap...
bukan macam tu...
panjang langsir sebolehnya diukur daripada siling hingga ke lantai... kenapa pula? ini kerana panjang langsir boleh memberi kesan kepada ilusi keluasan ruang...
jika panjang langsir anda sampai ke lantai, walaupun ruang rumah anda kecil, rumah anda tidak akan nampak sempit....
cadangan kami ialah, walaupun panjang tingkap anda hanya 4 kaki, langsir perlu ditempah sepanjang 10-12 kaki, ia akan menampakkan rumah anda lebih elegan...
Anda hendak pasang langsir?
Jom ketahui lebih lanjut mengenai produk kami,
Reenex Curtain yang mempunyai 11 tahun pengalaman
Telah menghasilkan lebih 5013 set langsir

Pasukan kami

Pelanggan yang berpuas hati...

Hasil produk kami

Set langsir sememangnya tidak murah,
Memang ada ramai peniaga yang menjual langsir,
Set langsir sememangnya tidak murah,Memang ada ramai peniaga yang menjual langsir,
Tetapi jika tiada pengetahuan profesional mengenai rekaan langsir,
Macam mana jika set langsir yang dihasilkan tidak seindah yang dibayangkan?
Tetapi jika tiada pengetahuan profesional mengenai rekaan langsir, Macam mana jika set langsir yang dihasilkan tidak seindah yang dibayangkan?
kena bayar juga?
Harga memang penting, tetapi yang lagi penting ialah kualiti dan rekaan...
Hi semua,saya Kelly...
Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam pembuatan dan rekaan langsir, kami faham kehendak anda…
Tekan link di bawah untuk berhubung dengan saya bagi mendapatkan cadangan profesional mengenai padanan langsir!